Meningkatkan Ekonomi Keluarga
ektor ekonomi penduduk Kampung Chohong dijana melalui sektor perindustrian, sektor kerajaan dan swasta, bekerja sendiri dan juga pertanian. Kira-kira 60 peratus penduduk Kampung Chohong berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta selain sektor perindustrian di bandar Jasin dan Tangkak. Selebihnya, telah menjalankan aktiviti pertanian seperti menoreh getah dan bekerja sendiri di sekitar kampung untuk menyara kehidupan keluarga mereka.
| |
 |
| |
| Pekan Tangkak, Johor yang terletak berhampiran Kampung Chohong merupakan syurga barangan tekstil |
|
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut menyumbang dalam menjana pendapatan penduduk Kampung Chohong. Pembuatan kerisik kelapa dan kuih-muih tradisional menjadi salah satu pemangkin IKS di kampung ini. Melalui IKS beberapa bantuan kewangan atau kemahiran dan latihan dapat disalurkan kepada penduduk yang layak bagi membantu sektor perusahaan kampung berkembang dengan jayanya.
|