Kapal yang dinamakan “Chu Hong” menjadi alat perhubungan dan pengangkutan untuk penduduk menghantar hasil pertanian mereka ke tempat dagangan di Melaka. Setiap kali Kapal Dagang Chu Hong tiba di penempatan mereka, penduduk di situ akan berteriak “Kapal Chu Hong datang, Kapal Chu Hong datang” . Dari situlah, nama “Chu Hong” diambil untuk nama kampung mereka. Pada awalnya kampung ini dipanggil Kampung Chu Hong namun ejaannya ditukarkan kepada “Chohong” dan akhirnya disebut Kampung Chohong. |
Persatuan Silat Sendeng juga turut mendapat pencapaian cemerlang dan membanggakan penduduk Kampung Chohong. Persatuan Silat Sendeng menjadi Johan dua tahun berturut-turut dalam Pertandingan Silat peringkat kebangsaan di Johor Bharu dan Selangor. Persatuan ini juga turut mendapat perhatian media elektronik untuk membuat demonstrasi persembahan bagi tujuan tontonan masyarakat Malaysia. |