Silat Sendeng Teras Kesenian Bela Diri
englibatan belia-belia di Kampung Chohong dalam kegiatan yang dianjurkan oleh JKKK di sini sama ada dalam bidang sukan, kebudayaan dan keagamaan. Belia di kampung ini bekerjasama melibatkan diri untuk menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh JKKK walaupun mereka sibuk dengan pekerjaan masing-masing.
| |
“Persatuan Silat Sendeng menjadi Johan dua kali berturut-turut” |
| |
|
Melalui aktiviti yang diadakan, para belia mendapat pendedahan dan pengalaman. Ia kemudiannya dapat digunakan untuk memberi khidmat dan sumbangan kepada penduduk kampung mereka. Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran yang dilakukan ketika menjelang musim perayaan dan kenduri-kendara jelas menunjukkan penyertaan belia yang menggalakkan.
Selain itu, belia juga bergiat aktif dalam Persatuan Silat Sendeng yang diasaskan oleh Tuan Haji Ismail Hamzah. Persatuan ini mengadakan latihan pada setiap malam Sabtu bermula jam 9.00 malam bertempat di gelanggang silat Kampung Chohong. Kumpulan ini sering mendapat undangan daripada pelbagai pihak tidak kira dari penduduk setempat dan kampung sekitar untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan.
Persatuan Silat Sendeng juga turut mendapat pencapaian cemerlang dan membanggakan penduduk Kampung Chohong. Persatuan Silat Sendeng menjadi johan dua tahun berturut-turut dalam pertandingan silat peringkat kebangsaan di Johor Baharu dan Selangor. Persatuan ini turut mendapat perhatian media elektronik untuk membuat demonstrasi persembahan bagi tontonan masyarakat Malaysia.
|