Kaum ibu turut membantu kaum bapa mencari rezeki

Pelbagai Aktiviti Direncanakan Bagi Kaum Ibu

S
Kaum wanita India tidak ketinggalan dalam bidang perniagaan

okongan kaum wanita dalam merencanakan kemajuan masyarakat setempat amat vital dan tidak boleh di perkecilkan. Wanita era siber kini sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri menerusi daya usaha yang tinggi demi menjulang martabat
kaum wanita dari semua aspek kehidupan. Bagi menyahut seruan kerajaan, Biro Wanita Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Chenderah sentiasa aktif melahirkan idea-idea bernas dalam usaha memajukan lagi kaum wanita. Pelbagai aktiviti direncanakan khusus untuk kaum wanita seperti kursus membuat kuih, kursus menjahit pakaian dan pembentukan usahawan muda selaras menyahut dasar Kementerian Pembangunan
Luar Bandar.

Kaum wanita yang terdiri daripada kalangan
ibu tunggal pula tidak pernah diabaikan. Mereka sentiasa diberi khidmat kaunseling, khidmat nasihat dan bantuan dalam meningkatkan pendapatan isi rumah. Hubungan keakraban ini memupuk kemesraan dan perpaduan untuk bersama sama menyumbang tenaga dan buah fikiran kepada kaum lelaki dalam setiap perancangan yang dibuat. Umpamanya, majlis-majlis keraian dan kenduri kendera dapat berjalan lancar dengan kehadiran kaum wanita untuk memasak dan menghias.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK