Perpustakaan Membantu Penduduk Mencari Maklumat

P

erkhidmatan Pemberian Sejagat (USP) Fasa 5 yang telah dimulakan pada bulan September adalah hasil usaha Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK). Perkhidmatan yang diberikan secara percuma kepada penduduk kampung memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan kemudahan komputer dan melayari Internet. Secara tidak langsung ia dapat merapatkan jurang digital penduduk luar bandar. Rata-rata penduduk kampung memberi respons yang positif dan berpendapat bahawa Perkhidmatan USP memberi banyak manfaat dengan adanya kemudahan buku rujukan serta Internet bagi membantu penduduk kampung mencari maklumat dengan mudah, cepat dan pantas.

Sudut siber untuk pengguna melayari Internet

Bagi pelajar-pelajar sekolah, mereka tidak perlu pergi ke Kafe Siber bagi mencari maklumat malah boleh menggunakan dua perkhidmatan sekali gus iaitu, Perkhidmatan Perpustakaan dan Siber. Perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh perpustakaan desa menarik minat mereka berkunjung ke perpustakaan desa ini. Perpustakaan Desa Siber Ilmu Chenderah dikendalikan oleh seorang penyelaras iaitu Siti Rohati Haron. Beliau berkhidmat sejak perpustakaan ini mula dibuka pada tahun 1994.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK