Ketenangan diperolehi di desa

Gabungan Nama Kampung Chinchin Dan Pokok Perah

N
"Chenderah adalah hasil gabungan nama Kampung Chinchin dan pokok perah."  
   

ama Kampung Chenderah dikatakan berasal daripada
sepohon pokok bernama ‘Pokok Perah’ atau nama saintifiknya ‘Euphorbiaceae’. Pokok ini banyak terdapat di Selatan Thailand dan Semenanjung Malaysia. Suatu ketika dahulu pokok perah tumbuh melata di segenap pelosok kampung. Kampung Chenderah pada masa itu menjadi sebahagian daripada Kampung Chinchin.
Oleh kerana berlakunya pertambahan penduduk saban tahun, Kampung Chenderah dan Kampung Chinchin terpisah menjadi dua buah kampung yang berasingan. Nama Kampung Chenderah diambil bersempena gabungan nama Kampung Chinchin dan pokok perah yang digabungkan menjadi satu, iaitu Chinderah. Namun ejaannya telah ditulis sebagai Chenderah. Nama ini terus kekal sehingga ke hari ini.

Peneroka asal Kampung Chenderah ialah masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan sekitar Daerah Jasin. Kawasan ini telah wujud sejak tahun 1600 lagi. Kini setelah hampir 400 tahun berlalu, Kampung Chenderah telah jauh berubah. Segala kemajuan dan pemodenan telah berjaya dilaksanakan. Pelbagai kemudahan infrastruktur dan prasarana telah dibina demi membolehkan penduduk kampung hidup dalam keselesaan. Tahap pendidikan yang cemerlang di kalangan anak-anak muda turut mendorong kepada berlakunya peningkatan dalam taraf hidup masyarakat Kampung Chenderah.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK