Warga emas sedang berbual-bual kosong

Penempatan Baru

J

umlah penduduk Kampung Chenderah dianggarkan seramai 1,200 orang. Jalan raya menjadi sistem perhubungan utama bagi penduduk kampung. Oleh itu, kebanyakan penduduk membina rumah di sepanjang jalan. Namun, ada juga segelintir penduduk kampung yang tinggal secara bertaburan di segenap pelosok kampung. Terdapat juga beberapa kawasan penempatan baru yang diwujudkan secara berkelompok di sini.

 
 
Penduduk menjalankan kewajipan fardu kifayah bagi majlis pengkebumian

Majoriti penduduk Kampung Chenderah berbangsa Melayu yang beragama Islam. Hanya segelintir kecil penduduk kampung dari kaum Cina dan India. Biarpun hidup dalam masyarakat majmuk, semangat perpaduan yang wujud membolehkan setiap penduduk kampung mampu mengecap kehidupan yang aman dan harmoni. Sikap berkerjasama dan bantu-membantu di antara satu sama lain adalah asas utama dalam kehidupan sosial masyarakat Kampung Chenderah.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK