Penternakan Baka Kambing Kampung Mendapat Sambutan
| |
 |
| |
| Penternakan kambing yang memberikan hasil lumayan |
|
ektor penternakan di Kampung Chenderah hanya melibatkan segelintir penduduk. Antara penternakan yang terdapat di sini ialah penternakan kambing. Salah seorang penternak kambing di Kampung Chenderah ialah Sabarudin Khamis. Beliau mempunyai kira-kira 80 ekor kambing yang diternak di dalam sebuah kandang khas yang dibinanya sendiri. Kambing yang beliau ternak ialah daripada baka kambing kampung. Beliau memperuntukkan kira-kira RM400 sebulan untuk kos penyelenggaraan dari segi makanan dan juga perubatan. Makanan kambing berupa dedak dibeli daripada Koperasi Tenusu Jasin yang akan diberikan kepada kambing dua kali sehari. Kambing-kambing yang telah cukup dewasa akan dijual kepada pembeli-pembeli di sekitar Bandar Jasin. Sambutan yang memuaskan sentiasa diberikan oleh para pelanggan terutamanya pada musim perayaan.
|