Tenaga Pengajar Bertauliah
| |
 |
| |
| Tadika untuk pusat pra-pendidikan kanak-kanak |
|
erdapat sebuah pusat pra-pendidikan kanak-kanak yang dibina di Kampung Chenderah iaitu Tadika Kemas Hidayah Chenderah. Tadika Kemas Hidayah mula beroperasi pada tahun 1980 di sebuah balai raya. Tadika ini berpindah ke bangunan yang ada sekarang pada tahun 2003. Tadika ini dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar yang bertauliah mengikut kurikulum ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran.
Terdapat juga sebuah sekolah rendah agama di Kampung Chenderah. Sekolah Rendah Agama Chenderah berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Sekolah agama yang dibina di atas sebuah tanah wakaf diasaskan oleh seorang tokoh di Daerah Jasin iaitu Datuk Sharif Hamid. Pada awalnya sekolah agama ini berkongsi bangunan dengan sekolah kebangsaan sebelum berpindah ke bangunan sekarang pada September 2002. Pembinaan bangunan baru adalah hasil usaha sama penduduk kampung dengan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Selain itu, terdapat juga sebuah maahad tahfiz yang dibina di Kampung Chenderah. Objektif utama penubuhan maahad tahfiz ini ialah melahirkan golongan Muslim yang berilmu dan mampu menyebarkan ajaran Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunah. Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Kampung Chenderah turut berperanan dalam melahirkan lebih ramai ahli ulama yang berwibawa dan berkarisma.
|