Muzium Pertanian Melaka Di Jasin

Muzium Pertanian Sumber Rujukan

M

uzium Pertanian yang terletak di Bandar Jasin merupakan antara tempat yang boleh dilawati. Muzium Pertanian merupakan satu-satunya muzium yang memaparkan hasil pertanian penduduk sekitar kepada pengunjung. Hasil tanaman seperti getah, tebu, mangga dan sebagainya dipamerkan di ruang legar muzium ini. Muzium ini menjadi sumber rujukan berharga kepada pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat-maklumat tentang pertanian penduduk tempatan.

 
 
Pintu masuk ke muzium

 

 
 
Cara lama mengutip hasil getah

Ramai penyelidik tempatan, penuntut universiti dan penyelidik luar negara berkunjung ke muzium ini untuk mendapatkan maklumat terkini dalam bidang pertanian. Di muzium ini juga terdapat satu ruang pameran khas yang memaparkan jenis-jenis baka tanaman terdahulu sehingga sekarang. Pameran ini amat bernilai bagi generasi baru untuk melihat dengan mata sendiri tanaman
yang diusahakan oleh nenek moyang mereka dahulu.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK