Seni bina tradisional tidak dipinggirkan

Projek Gerak Daya Wawasan

M
"Masyarakat di Kampung Chenderah masih menyanjung adat resam Melayu yang tinggi nilainya."  
   

elaka merupakan salah satu negeri yang masyhur dengan pelbagai nilai sejarah. Selain kaya dengan tinggalan sejarah, keunikan kampung-kampung tradisional yang wujud sejak zaman berzaman menjadi daya tarikan utama para pelancong. Antara kampung yang masih lagi menyanjung adat resam masyarakat Melayu yang tinggi nilainya ialah Kampung Chenderah, Jasin.

 
 
Papan tanda menuju ke Kampung Chenderah

Kampung Chenderah terletak lebih kurang 36 kilometer daripada Bandar Melaka dan enam kilometer dari Bandar Jasin. Kampung ini bersempadan dengan Daerah Tangkak, Johor. Menurut cerita orang-orang tua, Kampung Chenderah telah wujud sejak tahun 1600. Ketika itu, Kampung Chenderah adalah sebahagian dari Kampung Chinchin. Kampung Chenderah mula menerima pembangunan dan kemajuan pada sekitar tahun 1960-an dan 1970 -an. Pada waktu itu Kampung Chenderah diketuai oleh Allahyarham Sidang Abu Amin Hashim dan Pakeh Yusof Samad.

Kemudahan jalan rayanya telah dibangunkan melalui dua fasa. Pembinaan pada fasa 1 telah dimulakan pada tahun 1964. Fasa II pula dibina pada tahun 1971 dan diikuti dengan pelbagai lagi pembangunan yang terus dilaksanakan sehingga kini. Kampung Chenderah merupakan salah sebuah kampung yang terpilih dalam Projek Gerakan Daya Wawasan.

 
 
Rumah lama masih dipelihara dengan baik

Perpustakaan Desa Siber Ilmu Chenderah terletak di dalam sebuah kawasan perumahan. Kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan Tadika Kemas Kampung Chenderah membolehkan anak-anak kecil berkunjung ke perpustakaan dengan mudah.

Penduduk Kampung Chenderah masih lagi hidup berteraskan warisan dan kebudayaan masyarakat Melayu tradisional. Pengunjung yang datang ke Kampung Chenderah boleh menyaksikan sendiri keunikan seni bina rumah-rumah penduduk kampung yang masih lagi mengekalkan ciri-ciri reka bentuk rumah masyarakat Melayu Melaka.



 
 
Penafian | Laman Web KTAK