Menjana Pengeluaran Produk IKS
ektor keusahawanan yang terdapat di Kampung Chenderah lebih tertumpu pada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang mengutamakan hasil produk kampung. Usah terkejut sekiranya anda melihat banyak deretan kedai yang menjual produk-produk kampung di sekitar Kampung Chenderah.
| |
 |
| |
| Kerepek-kerepek yang siap untuk dipasarkan |
|
Antara industri kecil yang mendapat perhatian di Kampung Chenderah ialah perusahaan membuat kerepek pisang. Perusahaan kerepek pisang di Kampung Chenderah merupakan salah satu Projek Ekonomi Tambahan yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Menurut salah seorang penduduk, Zarina Tukiran yang terlibat dalam perusahaan kerepek pisang sejak dua tahun lalu, pasaran kerepek pisang amat memuaskan. Ada kalanya beliau tidak menang tangan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah saban hari. Beliau mendapat bantuan berupa premis dan peralatan dari pihak RISDA. Oleh kerana perusahaan kerepek pisang ini dijalankan di dalam kampung, maka bahan mentah iaitu pisang dibeli daripada penduduk setempat. Secara tidak langsung perusahaan ini dapat membantu penduduk kampung menambah pendapatan keluarga masing-masing.
|