Meningkatkan Mutu Kesihatan Penduduk

T

erdapat sebuah klinik desa yang dibina di Kampung Chenderah. Klinik Desa Kampung Chenderah yang mula beroperasi sejak tahun 1980 dikendalikan oleh seorang jururawat. Kemudahan kuarters turut disediakan bagi kemudahan jururawat yang bertugas. Doktor daripada hospital terdekat sentiasa membuat pemantauan ke Klinik Desa Kampung Chenderah dari semasa ke semasa. Oleh kerana objektif utama penubuhan klinik desa adalah untuk meningkatkan mutu kesihatan penduduk kampung, justeru pelbagai perkhidmatan perubatan disediakan. Antaranya pemeriksaan untuk ibu dan anak, rawatan pesakit luar dan pemeriksaan tekanan darah.

Selain, kaedah perubatan moden, ada juga segelintir penduduk kampung yang mampu mengubat pesakit melalui kaedah perubatan tradisional. Ada masyarakat kampung yang masih merujuk kepada pengamal perubatan tradisional seperti tok bomoh dan bidan kampung.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK