Balai Polis Daerah Jasin

Polis Sebagai Pusat Rujukan Keselamatan

S

ecara amnya, soal keselamatan penduduk Kampung Chenderah di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Balai polis yang paling hampir dengan Kampung Chenderah ialah Balai Polis Daerah Jasin yang terletak di tengah-tengah Bandar Jasin. Balai Polis Jasin yang pada asalnya dinamakan Rumah Pasong dibina pada tahun 1880 semasa pemerintahan British. Pada tahun 1945, bangunan lama itu telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan papan yang mempunyai sebuah balai, rumah pegawai dan rumah kakitangan.

Pada tahun 1975, bangunan papan tersebut dirobohkan semula dan digantikan dengan bangunan yang ada sekarang ini. Bangunan yang mempunyai sebuah balai polis dan tiga buah blok kuarters memiliki 50 unit rumah. Bangunan yang telah dirasmikan oleh bekas Ketua Polis Negara, YA Berbahagia Tun Mohamad Hanif Omar pada 31 Mei 1975 kini merupakan Ibu Pejabat Daerah Jasin dan Balai Polis Jasin. Sebarang masalah keselamatan yang dihadapi penduduk Kampung Chenderah akan dilaporkan kepada Balai Polis Daerah Jasin.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK