Kemudahan Asas Mendekatkan Jurang Kemajuan
emudahan asas yang terdapat di Kampung Chenderah boleh dibanggakan. Pelbagai jenis kemudahan prasarana dan infrastruktur dibina bagi merapatkan jurang kemajuan antara masyarakat luar bandar dan bandar. Semua penduduk kampung mendapat kemudahan bekalan elektrik dan bekalan air bersih. Kemudahan prasarana seperti surau, perpustakaan, masjid, institusi pendidikan dan perhentian bas turut dibina.
 |
|
| Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran |
|
|
Sistem jalan raya yang efisien turut memudahkan para penduduk Kampung Chenderah untuk menuju ke destinasi yang diinginkan. Antara kemudahan asas di Kampung Chenderah ialah Perpustakaan Desa, masjid, surau, tadika, balai raya, tanah perkuburan, lampu jalan, gelanggang sepak takraw, badminton, padang bola sepak dan sekolah.
|