Bangunan rumah kedai yang unik

Masyarakat Seia Sekata

K

ampung Chenderah terletak dalam Daerah Jasin, Melaka dan bersempadan dengan Daerah Tangkak, Johor. Sebatang sungai menjadi pemisah kedua-kedua daerah ini. Kampung Chenderah dikelilingi oleh Kampung Terentang, Kampung Chinchin dan Kampung Simpang. Jarak perjalanan yang hanya memakan masa 10 minit ke pekan terdekat iaitu Bandar Jasin memudahkan para penduduk Kampung Chenderah menguruskan pelbagai urusan harian.

 
 
Persekitaran di tengah Bandar Jasin

Daerah Jasin merupakan salah satu daerah terbesar di dalam Negeri Melaka dan mempunyai 20 buah mukim. Kampung Chenderah terletak di dalam Mukim Chinchin dan berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Jasin.

Hubungan penduduk Kampung Chenderah dengan masyarakat di kampung-kampung sekitar begitu erat. Ini kerana wujudnya kesedaran dalam minda masyarakat di sini tentang pentingnya hubungan ukhuwah bagi mewujudkan permuafakatan. Kesefahaman menjadi tunjang dalam melahirkan masyarakat hidup dalam suasana yang tenteram. Pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan kebudayaan dan kesenian sering diadakan. Antara aktiviti yang sering mendapat sambutan penduduk setempat ialah Program Mesra Rakyat, ceramah agama, gotong-royong dan Hari Keluarga.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK