JKKK Mengatur Pelbagai Projek Yang Berfaedah

J

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan untuk membantu kerajaan mengeratkan perhubungan antara masyarakat dan membantu melaksanakan program-program pembangunan demi kesejahteraan rakyat. Bagi mencapai objektif-objektif ini, JKKK Kampung Chenderah telah menubuhkan beberapa biro, antaranya ialah Biro Kebajikan, Biro Keselamatan dan Biro Pendidikan.

JKKK ditubuhkan untuk merapatkan perpaduan antara kaum atau sesama penduduk. Segala maklumat dan dasar kerajaan disampaikan kepada para penduduk melalui program-program khusus seperti Program Anak Angkat, Program Sukan Komuniti dan sebagainya. JKKK turut berperanan mengatur projek-projek kecil yang memberikan faedah kepada masyarakat kampung seperti membaik-pulih sistem perparitan, gotong-royong dan lain-lain. JKKK Kampung Chenderah dipengerusikan oleh Haji Mustaza Haji Abu Amin. Ciri-ciri kepimpinan yang ada dalam diri Haji Mustaza menjadikan JKKK Kampung Chenderah sentiasa aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti khas buat penduduk kampung.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK