Ladang tebu milik penduduk tempatan

Pertanian Mata Pencarian Utama

S

ebahagian besar penduduk Kampung Chenderah menjadikan sektor pertanian sebagai mata pencarian utama. Rata-rata penduduk Kampung Chenderah bekerja sebagai penoreh getah. Ada sebilangan kecil penduduk kampung yang bercucuk-tanam secara kecil-kecilan. Antara tanaman yang menjadi pilihan penduduk kampung di sini ialah tebu, jagung dan mangga. Hasil tanaman ini akan dijual di sekitar Bandar Jasin.

 
 
Tebu yang cukup matang untuk ditebang

Selain sektor pertanian, terdapat juga penduduk kampung yang bekerja dalam sektor swasta dan kerajaan. Oleh kerana lokasi Kampung Chenderah berdekatan dengan kawasan bandar, justeru ramai yang bekerja di kilang-kilang sekitar Bandar Jasin dan Tangkak. Golongan muda pula berhijrah ke kota-kota besar demi mencari rezeki untuk menyara kehidupan seharian.

 
 
Kedai runcit yang menjual pelbagai jenis barang keperluan penduduk

Sektor perniagaan turut memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi penduduk setempat. Ada penduduk kampung yang membuka kedai runcit dan kedai makan bagi menambah rezeki keluarga. Malah, ada juga segelintir penduduk kampung yang menternak kambing dan ayam secara kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan alternatif.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK