“Belia Tunggak Negara”. Golongan belia yang berkarisma membantu menaikkan imej negara di mata dunia. Untuk melengkapkan golongan belia dengan pelbagai ilmu pengetahuan, Biro Belia dan Sukan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Chenderah sentiasa merangka pelbagai program dan kursus untuk kepentingan belia. Pelbagai program sama ada secara berjadual atau bermusim dianjurkan bagi memenuhi masa senggang mereka.
Belia Kampung Chenderah juga aktif bermain bola sepak. Berkat kesungguhan dan komitmen tinggi di antara pemain dan jurulatih, mereka dapat mencungkil bakat-bakat yang dapat diketengahkan sebagai permata sukan di peringkat sekolah dan daerah malahan hingga ke peringkat negeri.
|