Belia berdaya saing

Belia Berkarisma Menaikkan Imej Negara

G
"Pelbagai program dirangka untuk menjana rohani dan jasmani belia kampung."  
   

olongan belia berkarisma dan bertanggungjawab bakal menaikkan imej negara di mata dunia. Bagi memastikan golongan belia luar bandar tidak terpinggir, pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Chenderah melalui Biro Belia dan Sukan sentiasa merangka program-program yang mampu menjana rohani dan jasmani para belia kampung. Pelbagai program sama ada secara berjadual ataupun bermusim sering dianjurkan oleh JKKK Kampung Chenderah.Di antara aktiviti sukan yang sering dianjurkan untuk golongan belia Kampung Chenderah ialah pertandingan sepak raga, bola sepak, pertandingan dan badminton.

Belia di sini aktif bermain bola sepak, dari itu latihan bola sepak diadakan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Berkat tunjuk-ajar dan komitmen tinggi oleh jurulatih pasukan bola sepak kampung ini, ramai di kalangan anak jati Kampung Chenderah berjaya mengasah bakat terpendam mereka. Semakin banyak bakat-bakat berkebolehan muncul menjadi permata sukan di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Antara pertandingan yang turut diwakili oleh para belia kampung ialah Pertandingan Bola Sepak antara Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Kampung Chenderah dan Sekolah Tahfiz Solihin Merlimau.

Selain aktif memenuhi masa senggang mereka dengan bersukan, para belia di sini turut melakukan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Walaupun nilai-nilai budaya Melayu semakin luntur ditelan zaman, akan tetapi belia Kampung Chenderah boleh berbangga kerana keutuhan jati diri mereka. Penubuhan Kelab Kompang telah menarik minat ramai belia untuk menguasai kemahiran bermain kompang. Irama paluan kompang oleh para belia ini yang syahdu dan mengasyikkan sentiasa mendapat perhatian para penduduk lebih-lebih lagi apabila tibanya musim kenduri kahwin. Para belia ini tidak ‘menang tangan’ bagi memenuhi jemputan.

Menerusi aktiviti-aktiviti sebegini, secara tidak langsung mengelakkan gejala-gejala negatif seperti ketagihan dadah dan budaya lepak di kalangan belia. Di samping bermain kompang, para belia turut terlibat dalam aktiviti lain seperti bermain muzik di dalam kumpulan gitar rancak, kelas mengaji dan berzanji.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK