Amanah Ikhtiar Malaysia

A

manah Ikhtiar Malaysia (AIM) merupakan sebuah agensi yang telah memberi nafas kepada pergerakan perkumpulan wanita di Kampung Bukit Nikmat. Melalui AIM, perkumpulan wanita kampung ini mendapat pinjaman modal yang membolehkan para wanita menceburi bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Menerusi perniagaan tersebut, mereka berharap memperoleh pendapatan tambahan sekali gus meringankan beban kewangan keluarga.

 
Siti Deraman menyara kehidupan dari hasil kuih peneram
 

Siti Deraman ialah seorang ibu tunggal yang perlu menyara seramai 12 orang anak sejak kematian suaminya lapan tahun lalu. Oleh itu, bagi menampung hidup, Siti cuba menjual kuih-muih Melayu . Walaupun menghadapi beberapa masalah pada peringkat permulaan, beliau tidak pernah berputus asa. Lama-kelamaan usaha Siti mula menunjukkan kejayaan. Bermula dari situlah, beliau menggiatkan lagi perniagaan kuihnya sehingga berjaya mendapat tempahan untuk membekalkan kuih-muih kepada pelajar-pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar. Melalui usaha ini beliau memperoleh pendapatan kira-kira RM400.00 sebulan cukup untuk menyara kehidupannya. Kini, anak-anak Siti telah ramai yang sudah bekerja dan tidak perlu disara olehnya. lagi.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK