Mengeratkan Kejiranan

K

eseluruhan penduduk Kampung Bukit Nikmat berbangsa Melayu yang menjadikan budaya hidup di sini begitu akrab dan perhubungan yang mesra. Suasana nyaman dikelilingi pelbagai tumbuhan hijau seolah-olah suatu hadiah kepada pengunjung. Rumah-rumah kediaman yang dibina dalam kedudukan berjajar sebenarnya disediakan oleh kerajaan akibat banjir besar yang berlaku kira-kira 40 tahun lalu.

 
Warga Kampung Bukit Nikmat
 

Bagi penduduk di sini, semangat kejiranan yang tinggi diamalkan melalui sikap tolong-menolong dan kunjung-mengunjung antara satu sama lain. Mereka sebenarnya berasal dari Kampung Kelola dan Kampung Kurau yang ditenggelami banjir. Hasil dana yang telah disumbangkan oleh Bank Dunia kerana bencana alam itu telah digunakan untuk membina rumah-rumah kepada para penduduk .

Kini sebagai sebuah kampung yang berwawasan, Kampung Bukit Nikmat telah berjaya merangkul pelbagai anugerah antaranya ialah Johan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2007 dengan mendapat hadiah bernilai RM10,000. Kampung ini juga menjadi Naib Johan Komuniti Bestari 2007 dan tempat ketiga dalam pertandingan Permainan Tradisional 2007.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK