Punca Rezeki
| |
 |
| |
| Getah antara sumber pendapatan penduduk setempat |
|
agi warga tua, getah dan kelapa sawit menjadi sumber pendapatan mereka. Disebabkan keluasan tanah milik persendirian tidak seluas mana, kegiatan pertanian yang diusahakan sangat terhad. Walau bagaimanapun mereka yang mengusahakan getah atau kelapa sawit boleh mendapat pendapatan antara RM400.00 hingga RM800.00 sebulan bergantung kepada keluasan tanah yang dimiliki.
Meskipun jumlah pendapatan yang diperoleh tidaklah begitu besar namun pelbagai usaha lain turut sama diusahakan seperti tanaman dusun buah-buahan, tanaman sayuran secara kecil-kecilan dan sebagainya. Hasil daripada tanaman ini akan dapat menambah pendapatan mereka terutamanya ketika musim buah-buahan.
|