Generasi Berkualiti
epatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” menggambarkan betapa petingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan manusia. Kerajaan juga telah merancang agenda pendidikan negara bagi melahirkan generasi celik ilmu yang berketerampilan. Melalui perancangan yang berterusan, jurang pendidikan antara masyarakat di bandar dan desa telah dapat dikurangkan kerana kurikulum yang seragam.
|
“Setakat ini kemudahan Internet untuk kegunaan orang awam boleh didapati di Klinik Desa Bukit Nikmat. Sesetengah penduduk yang agak berkemampuan pula mempunyai kemudahan komputer serta Internet berbayar di rumah masing-masing.” |
| |
|
Sekolah Kebangsaan Bukit Nikmat walaupun berada jauh dari bandar namun tetap berperanan cemerlang menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa. Bilangan pelajar yang tidak sampai 100 orang dengan bangunan sekolah serba kekurangan tidak pernah dijadikan alasan untuk tidak mencapai kejayaan. Semangat yang kental dalam diri para pelajar di sekolah ini disemarakkan lagi dengan kehadiran guru-guru berdedikasi yang sanggup berkorban. Usaha bersungguh-sungguh pastinya akan diiringi kejayaan dan terbukti apabila 60 orang murid sekolah berkenaan berjaya mencapai kelulusan 100 peratus dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan empat orang daripadanya memperoleh keputusan cemerlang 5A. Sebahagian daripada pelajar cemerlang tersebut telah melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh atau sekolah-sekolah menengah yang lain.
Menyedari kepentingan teknologi maklumat dan hasrat untuk merapatkan jurang digital di kalangan penduduk kampung mendorong Ketua Kampung Bukit Nikmat, Nasar Ibrahim memohon untuk mendirikan sebuah makmal komputer untuk kegunaan penduduk kampung. Beliau yakin makmal tersebut akan diluluskan secepat mungkin selepas proses mencari tapak dapat diselesaikan. Setakat ini kemudahan Internet untuk kegunaan orang awam boleh didapati di Klinik Desa Bukit Nikmat. Sesetengah penduduk yang agak berkemampuan pula mempunyai kemudahan komputer serta Internet berbayar di rumah masing-masing.
|