“Bukit Yang Rahmat”
ampung Bukit Nikmat ialah sebuah kampung yang terletak dalam Daerah Jerantut Pahang. Perjalanan dari Pekan Jerantut ke kampung ini mengambil masa kira-kira 30 minit melalui jalan raya. Kampung Bukit Nikmat dianggap oleh penduduknya sebagai sebuah tempat yang penuh dengan kenikmatan anugerah Allah. Nikmat yang mereka peroleh adalah kesejahteraan bersama dan menyebabkan mereka dapat mencari rezeki yang halal dan juga meneruskan kehidupan tanpa sebarang halangan yang menggugat kehidupan harian mereka. Kehidupan berjiran memberi ruang kepada mereka untuk hidup bantu-membantu antara satu sama lain .
|