Cergas Dan Sihat
linik Desa Kampung Bukit Nikmat mula beroperasi sejak tahun 1980-an yang merupakan tapak baru yang terpaksa dipindahkan akibat banjir besar. Perkhidmatan yang disediakan di sini ialah klinik kanak-kanak, klinik ibu mengandung dan juga warga emas. Bayaran sebanyak RM1.00 dikenakan sebagai yuran pendaftaran setiap kali penduduk datang berurusan. Walau bagaimanapun caj ini tidak akan dikenakan kepada kakitangan kerajaan dan juga orang-orang yang pernah menderma darah.
Perkhidmatan pemeriksaan pap smear juga diadakan pada waktu tertentu. Waktu operasi klinik kesihatan ini ialah pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang sepanjang hari Isnin hingga Jumaat dan ditutup pada Sabtu dan Ahad.
 |
|
| Suasana luar Klinik Desa Kampung Bukit Nikmat |
|
|
Klinik Desa Kampung Bukit Nikmat telah berjaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan begitu baik. Peranan yang dimainkan oleh klinik ini menerusi khidmat Jururawat Masyarakat (JM) telah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mengamalkan budaya hidup sihat lebih-lebih lagi di kalangan warga emas. Malah semua penduduk termasuk warga emas memberikan kerjasama yang amat baik terhadap program-program kesihatan yang dianjurkan. Mereka juga tidak lagi kekok untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik desa jika menghadapi masalah kesihatan.
| |
 |
| |
| Jururawat Masyarakat Klinik Desa |
|
Walaupun begitu perubatan cara kampung masih lagi menjadi salah satu pilihan kepada para penduduk kampung. Jika disebut nama Mak Ngah Rubiah atau Rubiah Ramli pasti semua penduduk mengenalinya. Pada waktu dahulu Mak Ngah Yah menjadi bidan yang menyambut kelahiran bayi di kampung ini. Setelah undang-undang menetapkan hanya bidan yang dilantik oleh kerajaan dibenarkan menyambut kelahiran bayi maka peranan Mak Ngah bertukar menjadi tukang urut.
Kepercayaan kepada bomoh juga masih menjadi amalan penduduk di sini. Terdapat beberapa individu yang boleh ditemui seperti Awi bin Mat, Hashim Talib dan juga Manan Sulung. Mereka yang berjumpa bomoh-bomoh tersebut selalunya mengidap penyakit misteri atau yang bersifat spiritual dan mistik. Dalam proses ini para bomoh mungkin menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai satu cara perubatan. Ada juga yang menggunakan kaedah lain seperti jampi atau mantera. Seperti perubatan moden para bomoh juga memberikan ubat-ubatan seperti ubat akar kayu dan seumpamanya. Bagaimanapun, penggunaan ubat-ubat seperti ini mempunyai risiko jika penggunannya tidak berwaspada.
|