Meningkatkan Motivasi

K

emajuan luar bandar menjadi antara agenda pembangunan kerajaan yang terpenting termasuk melengkapkan kemudahan prasarana di kampung-kampung. Kemudahan asas yang lebih baik seperti bekalan air bersih dan elektrik telah dinikmati oleh penduduk Kampung Bukit Nikmat. Kini, simpang-simpang jalan telah diterangi cahaya lampu pada waktu malam untuk mengurangkan kemalangan dan mengurangkan kadar jenayah.

Kesejahteraan penduduk kampung juga diberi perhatian dengan penyediaan beberapa kemudahan seperti perpustakaan desa, padang bola untuk bersukan, dewan serba guna, perhentian bas dan sebagainya. Kesedaran sivik dalam jiwa masyarakat setempat begitu baik kerana kemudahan asas digunakan dengan sewajarnya. Kampung ini juga turut mempunyai sebuah masjid yang boleh menampung keperluan berjemaah sembahyang fardu dan juga sembahyang Jumaat.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK