Jalan di Bukit Nikmat yang masih dikelilingi pokok getah

Jiran Tetangga

M

enurut maklumat yang diberikan oleh Jururawat Masyarakat Klinik Desa Bukit Nikmat terdapat tujuh buah kampung yang terletak di bawah tanggungjawab klinik desa ini. Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Leja, Kampung Kelola, Bukit Nikmat Utara, Bukit Nikmat Hijau, Durian Hijau, Kampung Benta dan Kampung Pamah Keruing. Penduduk kampung di sini boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Klinik Desa Bukit Nikmat. Kampung-kampung ini dihubungkan sepenuhnya melalui jalan darat tidak seperti suatu ketika dahulu yang terpaksa menggunakan pengangkutan air melalui Sungai Pahang. Kebanyakan penduduk di kampung-kampung tersebut mempunyai tali persaudaraan antara satu sama lain.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK