Mengurus Kebajikan

 
 
Anugerah untuk Komuniti Bestari Kampung Bukit Nikmat
J

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Bukit Nikmat begitu prihatin terhadap kehidupan masyarakat kampung mereka. Bilangan ahli jawatankuasa seramai 15 orang melengkapkan JKKK kampung ini untuk menguruskan kebajikan penduduk sebaik mungkin. JKKK Kampung Bukit Nikmat dipengerusikan oleh Nasar Ibrahim sementara Setiausahanya ialah Yaaeop Salleh. Jawatan Bendahari pula disandang oleh Tambi Nasir. Setakat ini segala urusan pentadbiran kampung berjalan dengan baik dan berjaya memberikan kehidupan yang selesa kepada seluruh penduduk.

Pihak JKKK Kampung Bukit Nikmat sebenarnya begitu bertanggungjawab dalam melaksanakan kewajipan mereka untuk membantu penduduk kampung. Setakat ini pihak JKKK telah merancang projek tanaman jagung secara berkelompok melibatkan para penduduk yang berminat mengambil bahagian. Tanaman jagung ini dijangka akan bermula awal bulan Julai 2008.

Bagi kemudahan wanita, pihak JKKK telah berusaha mendapatkan saluran bantuan dalam bentuk kewangan atau sebarang bentuk latihan industri yang membolehkan para wanita mengendalikan perniagaan dan sebagainya. Kegiatan sebegini mendapat galakan penuh JKKK sebagai satu langkah menaik taraf tahap sosioekonomi penduduk..

 
 
Penafian | Laman Web KTAK