Gigih Berusaha

K

ehidupan sebagai petani atau pekebun kecil tidak menjanjikan kemewahan kepada penduduk, oleh itu mereka meneruskan kehidupan dengan usaha yang berlipat ganda. Tanaman getah dan kelapa sawit yang mempunyai pasaran yang agak baik sekarang memberikan sedikit kelegaan kepada mereka. Kelebihan tinggal di kawasan luar bandar memberi peluang kepada masyarakat untuk mencari sumber pendapatan sampingan seperti menanam sayur-sayuran, menjual kuih-muih, menganyam mengkuang dan pelbagai lagi. Kebanyakannya dijalankan secara kecil-kecilan dan menggunakan cara tradisional.

“Kesimpulannya taraf hidup masyarakat setempat hari ini agak baik berbanding dahulu. Meskipun tidak memiliki kekayaan namun mereka hidup selesa..”

 
   

Jumlah purata pendapatan yang diperoleh penduduk kampung ini lazimnya tidak melebihi RM1,000.00. Kurang atau lebih pendapatan seseorang individu itu bergantung kepada keluasan kebun getah atau kebun kelapa sawit yang mereka miliki. Kesimpulannya, taraf hidup masyarakat setempat hari ini agak baik berbanding dahulu. Meskipun tidak memiliki kekayaan namun mereka hidup selesa.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK