Kampung Bukit Nikmat sebuah kampung menyimpan pelbagai keunikan seperti keindahan, kemesraan penduduk dan juga peristiwa sejarahnya. Jika berkeinginan untuk merasainya pengunjung boleh datang ke Kampung Bukit Nikmat yang terletak di Daerah Jerantut Pahang. Hidangan enak gulai tempoyak ikan patin sangkar pasti memikat selera sesiapa sahaja meskipun kali pertama menjamahnya. Tinggalan makam Pahlawan Mat Kilau, legenda Puteri Darah Putih pasti memberi suatu pengetahuan baru terutama kepada pencinta sejarah tempatan.


Pelancongan Keusahawanan
Kampung Bukit Nikmat ialah sebuah kampung mempunyai kaitan yang amat rapat dengan sejarah dua buah makam yang terdapat berhampiran kampung ini. Makam pertama adalah makam pahlawan Melayu ulung iaitu Mat Kilau dan yang kedua ialah makam Puteri Darah Putih seorang puteri dari keturunan kerajaan Acheh. Makam Puteri Darah Putih yang masih boleh dilawati hingga kini terletak di Kampung Ketupat.
Seni menganyam tikar mengkuang secara tradisional kian dilupakan. Hal ini kerana terlalu sedikit individu hari ini yang masih menghasilkan anyaman tikar mengkuang. Bagi yang ingin mengetahui tentang cara membuat tikar mengkuang serta ingin memilikinya Kampung Bukit Nikmat menjadi lokasi yang tepat untuk dikunjungi. Di kampung ini masih terdapat beberapa orang warga emas yang masih lagi mengekalkan tradisi pembuatan tikar mengkuang.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK