Persatuan Belia Unggul
olongan belia yang menjadi tonggak masa depan negara penting diberi perhatian khusus. Jika tidak, dikhuatiri mereka tersasar daripada arah tuju ke arah pembinaan dan pembangunan minda. Namun, di Kampung Bukit Nikmat golongan belia telah digabungkan di bawah sebuah persatuan iaitu Persatuan Belia Unggul yang terletak di bawah pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK), Kampung Bukit Nikmat. Tujuan utama penubuhan Persatuan Belia Unggul adalah untuk menghimpunkan golongan belia ini di bawah satu organisasi bagi memudahkan aktiviti belia dijalankan secara teratur dan terancang.
 |
|
| Berlatih bagi meningkatkan kualiti persembahan |
|
|
Keistimewaannya belia di sini mempunyai kumpulan kugiran mereka sendiri yang diberi nama Tunas Baru. Baru-baru ini persatuan belia telah membeli pelbagai peralatan muzik seperti gitar, alat kawalan bunyi serta beberapa peralatan lain yang menelan belanja sebanyak RM10, 000.00. Menurut Ketua Kampung Bukit Nikmat Nasar Ibrahim, modal membeli peralatan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh ahli-ahli persatuan belia tersebut. Latihan kugiran diadakan setiap malam kecuali pada malam Khamis dan Jumaat. Semua penduduk dibenarkan menggunakan kelengkapan yang ada.
Setakat ini kumpulan kugiran ini hanya mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan di kampung mereka. Suatu hari nanti mereka juga berharap untuk menjadi kumpulan kugiran yang terkenal seperti kumpulan kugiran yang pernah wujud di kampung mereka tidak lama dahulu.
|