Aktiviti sampingan menambahkan pendapatan

Kelunakan Nazam Al-Zahra

K

umpulan Nazam Al-Zahra, dianggotai oleh kaum wanita di kampung ini merupakan salah satu kumpulan yang aktif di kampung ini. Kumpulan yang diterajui oleh Hajah Halimah Ismail sering memenuhi undangan membuat persembahan nasyid, marhaban dan qasidah. Kelunakan suara setiap anggota kumpulan ini ketika membuat persembahan di majlis-majlis tertentu, pasti akan menarik banyak perhatian golongan wanita di sini untuk menyertainya. Lagu-lagu yang berunsurkan keagamaan dan memuji keagungan ciptaan Tuhan dan Rasul junjungan begitu mendamaikan ketika kumpulan ini membuat persembahan. Kumpulan ini bukan sahaja popular di kalangan penduduk setempat, namun mereka juga sering mendapat undangan untuk majlis menyambut kelahiran bayi dan majlis keagamaan di kampung sekitar.

Selain itu, terdapat juga aktiviti masakan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk kaum hawa di sini. Yuran yang dikenakan ke atas kelas masakan ini sangat berpatutan mengikut kategori jenis masakan yang diajar. Kelas masakan di sini meliputi pengajaran pelbagai jenis resipi dan masakan tradisional serta moden.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK