Remaja sedang melayari internet

Masyarakat Celik IT

P

enubuhan perpustakaan desa merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar. Perkhidmatan perpustakaan yang disediakan di kawasan luar bandar ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada penduduk luar bandar untuk mendapatkan maklumat dan ilmu tambahan. Selain itu, pihak kerajaan juga ingin mengubah persepsi masyarakat supaya celik teknologi maklumat dan mewujudkan budaya membaca terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Perpustakaan Desa Kampung Bukit Gedong ini ditubuhkan pada Jun 2006 di bawah tanggungjawab Perpustakaan Negeri Malaysia (PNM) dan ditadbir oleh Perpustakaan Negeri Melaka. Projek pembinaan perpustakaan ini dibiayai melalui peruntukan khas Kerajaan Persekutuan pada tahun 2005 dan 2006.

Sikap gemar membaca dipupuk sejak kecil lagi

Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) juga dilancarkan di perpustakaan desa ini untuk merapatkan jurang digital di kalangan penduduk luar bandar. Kemudahan talian Internet di perpustakaan ini membantu anak kampung dan golongan belia mencari maklumat dengan lebih efisien. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk belajar cara menggunakan komputer.

Selain itu, terdapat juga aktiviti menarik yang dijalankan setiap bulan di perpustakaan ini seperti pertandingan mewarna, bercerita dan membaca. Penglibatan yang menyeluruh oleh penduduk setempat dan kawasan sekitarnya menjadikan kawasan perpustakaan ini lebih meriah dan menjadi tumpuan penduduk. Pengguna bukan sahaja boleh meminjam buku dan bacaan ringan, malah mereka juga boleh menunjukkan kemahiran dan bakat yang ada dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK