Persekitaran kawasan Makam Hang Tuah

Tak Melayu Hilang Di Dunia

I
"Makam ini merupakan tempat bersemadinya seorang wira yang amat disegani suatu ketika dahulu."  
   

stilah “ Bukit Gedong” berasal dari sekumpulan kecil peneroka dari satu daerah di Palembang, Indonesia yang datang berhijrah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Nama tersebut diperoleh kerana ia menjadi pusat untuk menyimpan barangan dagangan pedagang-pedagang India ketika itu. Pedagang tersebut telah meletakkan barang dagangan mereka di dalam sebuah gedong besar di atas bukit. Maka, nama kampung diambil bersempena peristiwa tersebut. Terdapat sebuah masjid lama yang dibina ketika awal penerokaan kampung dan masih lagi menjadi tempat ibadah penduduk kampung walaupun telah ditelan zaman.

 
 
Tugu sejarah memberi seribu satu makna

Di kawasan ini juga terdapat sebuah makam seorang pahlawan Melayu terbilang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka berdekatan dengan kawasan kampung ini. Makam Hang Tuah yang terletak berhampiran dengan Kampung Bukit Gedong telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Melaka sebagai salah satu tinggalan sejarah. Makam ini merupakan tempat bersemadinya seorang tokoh yang amat disegani suatu ketika dahulu. Makam yang sangat panjang ini juga menjadi tarikan bagi mereka yang mengagumi Laksamana Melaka ini dan anak-anak muda yang ingin mengetahui secara lebih dekat tentang sejarah hidup beliau.

Di sekitar makam beliau, terdapat sebuah tugu batu yang tersergam bersama keris. Di tugu ini, tertera kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Hang Tuah iaitu “Tak Melayu Hilang Di Dunia”. Beliau merupakan seorang perwira yang sering kali mempertahankan hak dan kedaulatan orang Melayu ketika zaman pemerintahan Melayu Melaka dahulu kala. Di sekitar kawasan makam beliau juga terdapat kisah ringkas hidupnya dari zaman kecil sehinggalah beliau dipercayai hilang dan meninggal dunia di Kampung Balik Bukit ini. Di antara kisah menarik yang boleh dilihat ialah ketika zaman remajanya bersama rakan-rakan baiknya menuntut ilmu persilatan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK