Lokasi tumpuan pengunjung

Hidup Bermasyarakat Demi Permuafakatan

P

opulasi penduduk di kawasan ini dianggarkan lebih kurang 400 orang sahaja. Kawasan kampung yang kecil menyebabkan bilangan penduduk di sini turut dalam skala kecil. Kebanyakan penduduk setempat ialah kaum Melayu beragama Islam diikuti oleh kaum Cina. Setiap kaum dan penduduk saling hormat-menghormati sesama sendiri dan akan bekerjasama dalam apa jua aktiviti kemasyarakatan.

Pola penempatan di sini adalah secara bertaburan. Kebanyakan rumah di sini adalah rumah kayu yang diwarisi turun temurun dan terdapat juga rumah yang telah diubah suai. Rumah buatan kayu, banglo dan juga separa batu dibina di kawasan tanah hak persendirian atau disewa daripada tuan tanah. Keharmonian penduduk amat ketara di perkampungan ini kerana mereka amat mementingkan permuafakatan dan perhubungan yang baik sesama penduduk.

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK