Hasil Tangkapan Jana Pendapatan Penduduk
| |
 |
| |
| Bot nelayan tersadai di tepi pantai |
|
edudukan kampung yang berdekatan dengan laut, membuatkan segelintir penduduk menjadikan perikanan sebagai sumber pendapatan. Terdapat jeti untuk nelayan ini melabuhkan hasil tangkapan mereka pada setiap hari. Ada nelayan yang bekerja secara tetap dan ada juga yang turun ke laut sebagai pekerjaan sambilan sahaja. Namun begitu, hasil tangkapan yang diperoleh tetap membantu mereka untuk meneruskan kehidupan seharian.
Kebanyakan hasil tangkapan yang diperoleh dijual secara terus kepada peraih dan juga peniaga-peniaga yang terdapat di persisiran pantai. Ada di antara nelayan yang menjual ikan-ikan mereka kepada pengusaha makanan di sekitar kawasan pantai dengan harga yang berpatutan. Selain itu, ada di antara nelayan yang menjadikan hasil tangkapan ikan Bulu Ayam sebagai ikan masin. Nelayan yang ada di sini menangkap ikan menggunakan kaedah tradisional yang diwarisi oleh generasi terdahulu iaitu menggunakan bot dan pukat hanyut.
Terdapat Persatuan Nelayan yang menjaga kebajikan nelayan di sini. Jika terdapat sebarang masalah kecurian
enjin atau jaring, pihak persatuan akan membuat siasatan dan membantu nelayan terbabit dengan segera. Selain itu, nelayan di sini juga sering mendapat bantuan dan khidmat nasihat daripada persatuan ini. |