Pendidikan Penting Bagi Memacu Minda Anak-anak
i dalam kampung dan kawasan sekitarnya terdapat beberapa sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah agama untuk kemudahan anak-anak muda mendapatkan ilmu. Anak-anak muda merupakan pemacu generasi akan datang dan pendidikan merupakan satu aspek yang perlu dititik-beratkan oleh ibu-bapa masing-masing. Terdapat juga beberapa anak kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan luar negara. Kecemerlangan anak watan begitu diharapkan kerana mereka inilah penggiat jentera pentadbiran negara kelak. Kebanyakan sekolah yang terdapat di sini adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
| |
 |
| |
| Salah sebuah sekolah yang banyak melahirkan para ilmuan |
|
Anak-anak muda di kampung ini juga mengikuti pendidikan tidak formal seperti kelas agama dan mengaji yang dijalankan di masjid dan surau kampung. Pembelajaran tambahan ini juga menjadi keperluan kepada orang Islam dan perlu diterapkan sejak zaman kanak-kanak. Aktiviti kemasyarakatan yang pernah dianjurkan oleh pelajar-pelajar di sekolah sekitar tidak lama dahulu ialah membersihkan kawasan masjid. Kerjasama yang diperoleh dari pihak sekolah dan pentadbiran masjid kampung untuk aktiviti seperti ini memberi manfaat kepada semua terutamanya dalam mendidik anak-anak. Selain itu, terdapat juga ceramah agama dianjurkan untuk penduduk setempat dan kawasan sekitar yang disertai oleh pelajar-pelajar sekolah. |