Pesta Air Menggamit Kedatangan Pelancong Di Pantai Puteri
| "...pantai yang bersih ini juga menjadi tempat untuk orang ramai merasakan kenikmatan bermandikan air laut." |
|
| |
|
eindahan Pantai Puteri serta pemandangan beberapa bot-bot nelayan berlabuh di persisiran pantai yang putih menjadikan kawasan ini sebagai salah satu
pusat tumpuan pelancong ke kampung ini. Selain itu, pantai yang bersih ini juga menjadi tempat untuk orang ramai merasai kenikmatan bermandikan air laut. Pantai ini juga menyediakan pelbagai aktiviti persisiran pantai seperti bola sepak pantai, sepak takraw, bola tampar, jet ski dan
sebagainya. Bagi mereka yang ingin melihat panorama indah pantai,
terdapat medan selera berdekatan yang menjual pelbagai juadah enak lagi menyelerakan. Di sini juga terdapat juga beberapa gerai ikan segar bagi pengunjung yang ingin mendapatkan ikan segar dari laut.
| |
 |
| |
| Pengunjung gembira bermain ombak di gigi pantai |
|
Kawasan pantai ini tidak pernah surut dengan kunjungan pelancong terutamanya ketika musim cuti persekolahan. Di sini juga merupakan tempat tumpuan aktiviti kesukanan dan kemasyarakatan dianjurkan oleh kerajaan negeri juga badan bukan kerajaan. Salah satu aktiviti wajib yang kerap dijalankan di sini ialah Pesta Memancing GP Joran anjuran Berita Harian. Acara sebegini menjadikan pantai ini tumpuan kaki pancing dan pelancong dari luar. Di samping itu, pengunjung juga turut dihidangkan dengan persembahan artis popular untuk menghangatkan lagi pesta memancing tersebut.
| |
 |
| |
| Keindahan Pantai Puteri saat matahari terbenam |
|
Selain itu, terdapat juga pesta air yang dijalankan di kawasan pantai ini. Aktiviti selama tiga hari ini menjanjikan keseronokan kepada pengunjung yang mahu menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti sukan rakyat, pertandingan menangkap itik, acara mencungkil bakat menerusi karaoke atau membeli-belah produk tempatan di gerai-gerai yang disediakan. Terdapat juga pondok-pondok pemeriksaan kesihatan yang disediakan ketika pesta tersebut berlangsung. Aktiviti ini sememangnya menarik minat pelancong untuk datang dan merasai keseronokan yang ada di pantai ini.
|