Persekitaran kampung yang tenang

Perkampungan Persisiran Pantai

K
"Mercu tanda untuk sampai ke perpustakaan ini jika anda datang dari kawasan bandar Melaka adalah Hotel Evelyn yang terletak kira-kira 300 meter dari kawasan perpustakaan."  
   

ampung Bukit Gedong merupakan sebuah perkampungan kecil di dalam Mukim
Tangga Batu, Melaka. Perpustakaan Desa Kampung Bukit Gedong yang terdapat di perkampungan ini menjadi salah satu pusat kunjungan penduduk setempat dan dari sekitar kawasan berhampiran. Lokasi perpustakaan ini
amat strategik kerana berada di tepi jalan raya utama Melaka-Sungai Udang. Ini memudahkan pengunjung perpustakan ini menggunakan jalan raya yang lengkap serta pengangkutan seperti kereta, motosikal. Kampung ini terletak di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundur dan Parlimen
Tangga Batu.

 
 
Hotel Evelyn sebagai mercu tanda

Perkampungan ini terletak berhampiran dengan persisiran Pantai Puteri dan suasana perkampungan Melayu sangat terserlah di kawasan ini. Kedatangan anda ke sini akan disambut dengan angin yang nyaman dan suasana kampung yang menenangkan. Penduduk di sini masih tinggal di kawasan perkampungan Melayu yang diwarisi daripada generasi terdahulu. Kebanyakan rumah masih mengekalkan ciri-ciri rumah kampung yang sungguh cantik dan unik. Terdapat juga perkampungan nelayan di kawasan ini kerana kedudukannya yang berhampiran dengan persisiran pantai.

Mercu tanda untuk sampai ke perpustakaan ini jika anda datang dari bandar Melaka adalah Hotel Evelyn yang terletak kira-kira 300 meter dari kawasan perpustakaan. Terdapat juga sebuah pekan kecil Tanjung Kling sebelum anda sampai ke perpustakaan desa. Selain itu, mercu tanda yang boleh anda lihat di sini adalah Pantai Puteri kerana kedudukan kampung yang sangat hampir dengan kawasan pantai tersebut.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK