Gerai buah-buahan dan jeruk didirikan di tepi jalan

Jeruk Antara Perusahaan Terlaris

B

idang keusahawanan juga menjadi pilihan segelintir penduduk kampung untuk menampung pendapatan keluarga. Mereka yang berminat dalam bidang keusahawanan ini memilih untuk membuka restoran makanan atau berniaga secara kecil-kecilan di sekitar kawasan kampung. Terdapat gerai menjual jeruk dan perusahaan membuat kuih Bipang yang amat popular di kawasan ini. Kedua-duanya merupakan hasil usaha anak kampung dalam mencari rezeki yang halal bagi menyara kehidupan.

 
 
Jeruk-jeruk yang menyelerakan

Gerai menjual jeruk diusahakan oleh Muslim Nasir dengan pelbagai jenis jeruk seperti jeruk pelam, salak, betik, kedondong dan cermai. Kedudukan gerai di tepi jalan utama kampung menjadikan jeruk jualan beliau antara yang terlaris di kawasan ini. Harga yang ditawarkan amat berpatutan bersesuaian dengan jenis jeruk yang dijual.

Manakala bagi perusahaan kuih Bipang pula berdasarkan kepada permintaan. Kaum wanita di sini mengusahakan perusahaan kuih sejak setahun yang lalu di kawasan rumah sahaja. Bagi mereka yang menggemari dan ingin merasai keenakan kuih tradisional ini, anda boleh ke kampung ini dan berjumpa dengan pengusahanya Hamidah Raub untuk membuat tempahan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK