Klinik Kesihatan Tanjong Kling

Melahirkan Masyarakat Sihat Dan Produktif

M
 
 
Klinik yang memudahkan penduduk mendapatkan rawatan

enjalani kehidupan yang sihat merupakan antara pelengkap hidup seseorang itu dan menjadikan diri lebih bersemangat. Oleh itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan kemudahan klinik kesihatan bagi melahirkan rakyat sihat dan cergas. Klinik kesihatan yang berhampiran Perpustakaan Desa Bukit Gedong ialah Klinik Kesihatan Tanjong Kling. Klinik kesihatan ini dibuka pada tahun 1940 dan ketika itu hanya seorang bidan yang bertugas menjaga kesihatan penduduk kampung. Pada tahun 1970, klinik kesihatan ini telah dinaikkan taraf dengan menempatkan pembantu kesihatan, beberapa orang jururawat dan bidan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah rawatan pesakit luar, klinik ibu mengandung, klinik khidmat perancang keluarga dan lawatan dari rumah ke rumah. Terdapat juga klinik pergigian yang memberi perkhidmatan penduduk yang mengalami sebarang masalah berkaitan gigi.

Terdapat juga klinik swasta di sini iaitu Klinik Dr. Azman di Bangunan UDA, Tanjong Kling. Klinik ini berfungsi untuk meningkatkan taraf kesihatan dan menggalakkan penduduk tempatan menjalani kehidupan yang produktif. Di samping itu, klinik ini turut menyediakan perkhidmatan kesihatan dari aspek pencegahan dan kaedah rawatan yang cekap.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK