Tempat rehat di tepi pantai

Kemudahan Hak Milik Bersama

K

esemua penduduk di Kampung Bukit Gedong menikmati kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan bekalan elektrik. Selain itu, perhubungan jalan raya yang baik di kawasan kampung menghubungkan mereka dengan penduduk sekitarnya. Kemudahan awam lain yang terdapat di sini ialah perhentian bas, pondok telefon, sekolah, pejabat pos dan masjid.

Masjid ini mempamerkan seni bina tradisional Melaka

Kemudahan balai raya untuk kegunaan orang kampung memudahkan segala aktiviti kemasyarakatan dijalankan di sini. Perhubungan sistem komunikasi seperti perkhidmatan telefon dan internet yang melebarkan jaringan digital antara penduduk kampung dengan dunia luar juga turut disediakan. Pusat Komuniti Bestari menyediakan kemudahan komputer yang banyak membantu anak kampung dalam mengenali dunia Teknologi Maklumat secara tidak langsung melengkapkan diri ke arah dunia siber semakin berkembang.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK