Program Sukan Pantai Eratkan Perpaduan

K

ampung Bukit Gedong terletak berhampiran Kampung Tanjung Kling, Kampung Gelam, Kampung Bukit Darat, Kampung Pantai Jaring dan Kampung Pantai Perigi. Kampung-kampung ini terletak di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundur. Kampung-kampung sekitar ini juga terletak berhampiran dengan persisiran pantai yang ada di sini. Mereka menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk kawasan sekitar melalui pelbagai aktiviti kerakyatan.

"...aktiviti seperti tarik tali, sepak takraw, bola sepak pantai dan bola tampar. Ini adalah satu usaha yang positif, lebih-lebih lagi apabila melibatkan penyertaan pelbagai golongan."  
   

Setiap program yang direncanakan untuk kampung-kampung ini adalah di bawah seliaan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN).
Di antara program yang pernah dijalankan oleh jawatankuasa ini ialah aktiviti sukan rakyat.
Aktiviti sukan ini diadakan di Pantai Puteri dan ia merupakan salah satu acara tahunan untuk penduduk kampung. Aktiviti sukan rakyat yang dianjurkan selama beberapa hari dimeriahkan dengan aktiviti seperti tarik tali, sepak takraw,
bola sepak pantai dan bola tampar. Ini adalah
satu usaha yang positif, lebih-lebih lagi apabila melibatkan penyertaan pelbagai golongan.

 
 
Kediaman yang mengekalkan ciri-ciri tradisional

Selain itu, penduduk juga berinteraksi bersama penduduk sekitar melalui aktiviti kebudayaan yang dijalankan di majlis-majlis rasmi anjuran kerajaan negeri ataupun majlis kahwin serta kenduri. Terdapat sebuah kumpulan rebana keras yang sering dijemput untuk membuat persembahan di dalam apa jua majlis dianjurkan oleh orang kampung dan penduduk sekitarnya. Kumpulan ini berasal dari kampung sekitar dan memenuhi undangan daripada penduduk Kampung Bukit Gedong untuk sama-sama memeriahkan majlis yang dianjurkan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK