Sesi temu bual bersama JKKK

Pucuk Pimpinan Berketerampilan

J

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Kampung Bukit Gedong aktif dalam merancang dan memajukan kampung ini. Di antara biro-biro yang dilantik di bawah jawatankuasa ini ialah Biro Ekonomi, Biro Kebajikan, Biro Dadah dan Biro Teknologi Maklumat. Setiap biro yang dilantik mempunyai pelan dan perancangan yang perlu diikuti dalam memastikan kemajuan dan kesejahteraan penduduk berada di dalam keadaan yang baik. Jawatankuasa ini akan mengadakan mesyuarat pada setiap bulan untuk membincangkan isu-isu berkaitan kampung dan merancang pelbagai projek dan juga aktiviti bagi masyarakat kampung. Ketelusan dan kebijaksanaan setiap jawatankuasa yang dilantik tidak perlu dipertikaikan kerana setiap pembangunan yang diusahakan menjadikan kampung ini semakin maju dan makmur sejahtera.

Aktiviti seperti gotong-royong membersihkan kawasan kampung, masjid dan surau telah mendekatkan penduduk di kampung ini. Setiap penduduk memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan aktiviti gotong-royong yang dijalankan. Selain itu, terdapat juga sambutan Maulidur Rasul dan Maal Hijrah yang dianjurkan oleh jawatankuasa terlibat. Di majlis sambutan Maulidur Rasul, penduduk akan bersama-sama berarak ke masjid bagi menghayati konsep selain memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad s.w.t. Ia bukan sahaja disertai oleh golongan tua, malah anak-anak muda juga begitu bersemangat untuk menyemarakkan aktiviti yang dianjurkan di kampung ini.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK