Deretan gerai di Pantai Puteri

Anak Muda Gemar Berhijrah

S

umber pendapatan penduduk kampung dijana melalui sektor perkhidmatan awam, swasta, perkilangan, perikanan dan bekerja sendiri. Oleh kerana faktor peningkatan taraf hidup, ramai anak muda yang memilih untuk bekerja di kawasan luar kampung di dalam sektor perkhidmatan awam, swasta dan juga perkilangan. Mereka memilih untuk bekerja di sekitar kawasan Batu Berendam, Pantai Kundur, Tangga Batu dan Bandar Melaka. Hanya segelintir golongan tua yang masih meneruskan pekerjaan sebagai nelayan dan bekerja sendiri.

 
 
Kaum wanita berniaga ikan secara kecil-kecilan

Selain itu, terdapat juga beberapa penduduk yang memilih untuk berniaga ikan, sayuran dan barangan keperluan harian di kawasan Pantai Puteri untuk mendapatkan sumber pendapatan tambahan. Pasar ini dibuka setiap hari dan kebanyakan nelayan yang pulang dari laut akan menjual ikan segar kepada peniaga-peniaga ini. Pasar ini bukan sahaja menjadi pilihan penduduk setempat malah orang luar juga yang ingin membeli ikan segar dijual di sini.

Secara keseluruhannya, penduduk di kampung ini memperoleh sumber pendapatan melalui pelbagai pekerjaan berdasarkan kepada minat dan kepakaran yang dimiliki. Walaupun hanya sebuah perkampungan kecil, namun terdapat beberapa penduduk kampung yang berjaya dalam bidang profesional, pentadbiran awam, swasta dan perniagaan. Usaha gigih setiap penduduk untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing seiring dengan arus pembangunan negara.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK