"Adapun Laksamana Hang Tuah, barang tempat ia pergi, gegak gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap lakunya. Jika ia di peseban, peseban gempar, jika ia di panggungan, panggungan gaduh, dan segala perempuan Jawa anak-anak dara, jikalau ia berjalan ke pasar atau barang ke mana, banyaklah yang gila akan Hang Tuah itu. Dan apabila Hang Tuah lalu, perempuan di dalam pangkuan lakinya itupun bangun hendak melihat Hang Tuah......" begitulah tersurat kisah Hang Tuah di dalam karya Sejarah Melayu. Sebut sahaja namanya, pasti ramai sudah sedia maklum akan semangat kepahlawanan yang dimilikinya. Taat setianya kepada Raja membuatkan beliau disegani di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kalimah keramat Laksamana Hang Tuah iaitu ‘Tak Melayu Hilang Di Dunia’ menjadi ingatan kepada generasi muda hingga kini.


Sejarah Keusahawanan

Di kawasan ini juga terdapat sebuah makam seorang pahlawan Melayu terbilang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dimakamkan berdekatan dengan kawasan kampung ini. Makam Hang Tuah yang terletak berhampiran dengan Kampung Bukit Gedong telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Melaka sebagai salah satu tinggalan sejarah. Makam ini merupakan tempat bersemadinya seorang tokoh yang amat disegani suatu ketika dahulu.

Gerai menjual jeruk diusahakan oleh Muslim Nasir dengan pelbagai jenis jeruk seperti jeruk pelam, salak, betik, kedondong dan cermai. Kedudukan gerai di tepi jalan utama kampung menjadikan jeruk jualan beliau antara yang terlaris di kawasan ini. Harga yang ditawarkan amat berpatutan bersesuaian dengan jenis jeruk yang dijual.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK