Sekumpulan anak tempatan bermain bola

Riadah Di Tepian Pantai Puteri

K

ebanyakan belia yang terdapat di kampung ini memilih untuk mencari rezeki di luar kampung. Mereka lebih gemar untuk melibatkan diri dalam sektor perkilangan di kawasan sekitar dan menimba pengalaman di tempat orang. Namun begitu, terdapat juga segelintir anak muda yang masih menetap di kampung kerana masih menjalankan pekerjaan turun temurun daripada kedua orang tua mereka.

 
 
Bermain bola pantai kegemaran mereka

Penglibatan aktif golongan belia kampung dengan masyarakat sekitar dalam aktiviti kesukanan merupakan suatu usaha positif dalam mengeratkan hubungan sesama penduduk. Kebiasaannya pada waktu petang mereka akan berkumpul dan bersama-sama beriadah di kawasan Pantai Puteri untuk bermain bola sepak pantai. Kawasan tersebut akan riuh rendah dengan sorakan dan jeritan anak muda ini ketika bermain. Ada juga yang memilih untuk menjalankan aktiviti seperti memancing dan bermain jet ski bersama-sama di sekitar kawasan pantai.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK