Kaum wanita sedang membersihkan sekolah

Wanita Solehah

P

englibatan kaum wanita dalam kemajuan masyarakat kampung memang tidak boleh diperkecilkan. Kaum wanita bukan sahaja bertindak sebagai pengurus rumah tangga,malah turut membantu menaikkan taraf ekonomi keluarga.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terutamanya Biro Wanita berganding bahu dengan kaum ibu dalam melahirkan idea-idea bernas. Pelbagai kursus kemahiran dijalankan untuk kaum wanita seperti kursus membuat kuih, membuat roti, menjahit pakaian termasuk pembentukan usahawan muda.

Program-program berunsurkan keagamaan turut diadakan di sini. Program ini bertujuan melahirkan wanita solehah yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Antara program yang dijalankan ialah majlis bacaan Yasin, kelas Tadarus Al-Quran, kelas Fardu Ain, ceramah agama dan marhaban. Kelas-kelas agama ini diselia oleh seorang guru agama yang berpengalaman luas dalam Pendidikan Islam. Selain itu, golongan wanita di sini turut aktif dalam kegiatan sukan. Antaranya sukan bola jaring dan catur.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK