Sebahagian daripada bahan ilmiah di Perpustakaan ini

Pusat Pengumpulan Ilmu

P

erpustakaan Desa Kampung Batu Sawar dikendalikan oleh seorang Penyelaras Perpustakaan iaitu Tuan Khairul Azhar Tuan Kuning. Beliau telah berkhidmat sejak perpustakaan ini dibuka pada tahun 2006. Lokasi perpustakaan yang terletak di sebelah Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Sawar memudahkan para pelajar untuk datang ke perpustakaan.

 
 
Bahan rujukan ini amat berguna kepada pelajar dan golongan dewasa lain

 
 
Buku-buku ilmiah mengenai sejarah Malaysia banyak terdapat di sini

Selain kemudahan pinjaman dan pemulangan buku, perpustakaan desa ini juga sering menganjurkan pelbagai pertandingan untuk kanak-kanak. Antaranya Pertandingan Sajak, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Melukis. Buat masa ini, Perpustakaan Desa Kampung Batu Sawar mempunyai seramai 180 orang ahli yang berdaftar. Para penduduk kampung yang ingin mendaftar sebagai ahli perpustakaan tidak perlu membuat sebarang bayaran kerana mereka hanya perlu berurusan dengan Penyelaras Perpustakaan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK